Wednesday, October 17, 2007

Al-Fatihah


Allahyarham Mohd Faizul

16/06/1982-15/10/2007

Abang, tetap dalam ingatan.Semoga roh abang diletakkan bersama-sama orang yang soleh.-Amin-


Ya..Allah..Kau limpahilah Rahmat keatas Keluarga AbangK.


Segala jenis kepujian itu bagi Tuhan pentadbir seluruh Alam, pujian yang melengkapi segala nikmatnya dan membalas segala limpah kurnianya.
Ya Allah wahai Tuhan kami, untukmu jua segala pujian sebagaimana yang sayugianya, lagi sesuai dengan kebesaran zat dan kebesaran Kerajaanmu.

Ya Allah, cucurilah rahmat dan kesejahteraan keatas junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w sebagai selawat yang akan manyelamatkan kami dadipada segala macam ketakutan dan kehuruharaan, Engkau tunaikan dengan sebab selawat itu segala macam maksud dan hajat, Engkau bersihkan kami dengan sebabnya juga daripada segala macam kejahatan, Engkau angkatkan kami dengan sebabnya di sisiMu setinggi-tinggi darjat dan Engkau sampaikan dengan sebabnya sejauh-jauh tujuan kebaikan, baik semasa kami hidup mahupun sesudah kami mati.

Maha suci Engkau ya Allah, tiada terhingga kami memuji-mujimu sebagaimana Engkau sendiri memuji-muji akan zatmu.

Bagimu kepujian sebelum keredhaan, bagimu kepujian sewaktu keredhaan dan bagimu kepujian selepas keredhaan.

Ya Allah, cucurilah rahmat dan kesejahteraan keatas junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w dalam kerajaanmu yang maha tinggi hingga kehari kiamat.Cucurilah rahmat dan kesejahteraan keatas junjungan kami hingga mempusakai bumi ini berserta orang-orang yang berada diatasnya. Engkaulah Tuhan sebaik-baiknya yang mewarisi.

Ya Allah, wahai Tuhan kami. Jadikanlah dan sampaikanlah serta terimalah pahala segala yang telah kami baca daripada ayat-ayat Al Quran, tahlil perkataan astaghafar, kalimah-kalimah zikir dan juga perkataan-perkataan selawat pada saat yang berkat ini, sebagai hadiah yang sempurna sampainya daripada kami dan sebagai rahmat daripadamuyang mencucurinya, berkat yang meliputi sedekah yang dipersembahkan, yang kami hidang dan hadiahkan kehadrat junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w serta isteri-isterinya, kaum keluarganya, sahabat-sahabatnya, pengikut-pengikut dan murid kepada pengikutnya, dari semasa kesemasa hinggalah kehari kiamat.

Ya Allah, wahai Tuhan kami. Jadikanlah pahala seperti pahala yang tersebut tadi dengan ehsan yang berlebih-lebih, kebaikan kepada sekelian roh orang-orang yang dengan sebab mereka itu kami berkumpul disini. * Lebih istimewa lagi kepada roh yang dirahmati Allah ( nama ), asal-usulnya, anak-cucunya dan setiap orang yang ada hubungan dengannya *.

Sampaikanlah ya Allah, pahala bacaan-bacaan seperti yang tersebut itu daripada kami kepada roh-roh mereka dan jadikanlah pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu cahaya, menerangi dan bersinar dihadapan mereka. Gandakan ya Allah, akan rahmat dan keredhaanmu kepada kami dan juga roh-roh mereka.

Ya Allah wahai Tuhan kami. Jadikanlah juga pahala-pahala bacaan itu sebagai satu perisai, mengelakkan mereka daripada azab neraka, penyelamat, pendinding dan juga penebus daripada azab neraka.

Ya Allah wahai Tuhan kami. Ampunilah mereka, Kesihanilah mereka, Selamatkanlah mereka serta Maafkanlah mereka. * 3x.

Dan didalam keadaan yang seperti itu juga ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan kami yang telah kami katakan itu kepada arwah sekelian datuk-nenek kami, guru-guru kami dan juga kepada sekalian kaum muslimin dan muslimat dari timur hingga ke barat, walau dimana-mana jua mereka berada.

Ta Allah wahai Tuhan kami. Jadikanlah kami dalam suratan kami dan suratan ibubapa kami semuanya, dengan cucuran rahmat dan keredhaan. Masukanlah kami dan juga mereka itu sekaliannya kedalam keluasan Syurga. Ya Allah Tuhan yang memberi berkat. Ya Allah Tuhan yang mengurniakan Rahmat. Ya Allah Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi, Tuhan yang empunya Kebesaran dan Kemuliaan.

Ya Allah wahai Tuhan kami. Pindahkanlah mereka itu semuanya daripada kesempitan lubang kubur dan liang lahat Syurga yang kekal abadi, menuju keperlindungan naungan yang berpanjangan, menerima air yang telah sedia bertuang, mendapat buah-buahan yang tiada bersukat, lagi tidak pernah terhenti dan diputuskan. Mendapat tilam yang empuk bersama-sama dengan orang yang Engkau kurniakan kepada mereka itu nikmat-nikmat. Iaitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang yang mati syahid, orang-orang yang soleh, yang kereka itu adalah sebaik-baik teman.

Mohon limpah kurniamu jua ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat. Cucurilah rahmat dan kesejahteraan keatas junjungan kami Nabi Muhamad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Sesungguhnya, segala pujian itu adalah bagimu jua ya Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Al Fatehah...

Perkenankanlah permintaan kami ya Allah.
Perkenankanlah permintaan kami ya Allah.
Terimalah doa permohonan kami, sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi maha mengetahui. Terimalah taubat kami ya Allah. Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat lagi maha mengasihi. Selain daripada itu kami memohon janganlah kiranya Engkau tidak mengampunkan dosa-dosa besar dan kecil yang ada pada kami. Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.

Ta qobballahu minkum